Wednesday, September 3, 2014

Manuskrip Taming Sari


Dr. Muhammad Pauzi Abd Latif menerangkan tentang salah sebuah manuskrip dalam koleksi Muzium Warisan Melayu di Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi, UPM. Manuskrip kurun ke-19 dari Kelantan ini menceritakan tentang rekabentuk dan keistimewaan keris Taming Sari.

Tuesday, August 26, 2014

Rumah Kutai Perak



Dr. Muhammad Pauzi Abd Latif menerangkan tentang salah sebuah rumah tradisi dalam koleksi Muzium Warisan Melayu di Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi, UPM. Rumah Kutai Perak ini asalnya milik seorang pendekar di Bota Kiri. Pemilik asalnya membina beberapa ciri pertahanan seperti lubang senjata dan 'panic room' di loteng.

Tuesday, August 12, 2014

Rumah Bujang Selasar Terengganu



Dr. Muhammad Pauzi Abd Latif menerangkan tentang salah sebuah rumah tradisi dalam koleksi Muzium Warisan Melayu di Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi, UPM. Rumah Bujang Selasar dari Terengganu ini cukup ringkas kerana hanya mempunyai rumah induk dan serambi.

Tuesday, July 1, 2014

Muzium Warisan Melayu



Dr. Muhammad Pauzi Abd Latif memperkenalkan Muzium Warisan Melayu di Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi, UPM. Muzium ini mempunyai tiga rumah tradisi (Terengganu, Perak, Negeri Sembilan) , koleksi fabrik, manuskrip, senjata dan pelbagai lagi khazanah dunia Melayu Semenanjung.

Friday, May 23, 2014

Perkongsian Dari Pengasas Islamic Museum of Australia


Moustafa Fahour mendapat idea untuk menubuhkan Islamic Museum of Australia pada tahun 2010. Pada masa itu beliau berkhidmat dalam firma kewangan ternama di Australia. Antara faktor yang mencetuskan idea tersebut adalah beberapa insiden kekerasan yang berlaku terhadap komuniti Muslim di Australia. 

Puncanya? Kurangnya pendedahan dan pendidikan tentang apa sebenarnya Islam. Oleh itu, beliau memikirkan seni sebagai satu jambatan bagi mengatasi jurang ini. 

Persepi umum masyarakat Australia adalah orang Islam hanyalah orang-orang Lubnan. Sebenarnya budaya dan latar belakang masyarakat Islam Australia lebih luas dari itu. Namun, tidak ramai yang tahu sejarah sebenar Islam di Australia dan tidak ada satu timeline kedatangan Islam di Australia.

Moustafa Fahour mengambil keputusan untuk memahami sendiri sejarah Islam di Australia. Sejarah yang bermula jauh sebelum kedatangan penjajah Eropah ke Australia. Oleh itu tercetuslah ekspedisi Boundless Plain yang meliputi perjalanan sejauh 20,000km. Ekspedisi tersebut disertai rakan beliau Ashraf Naim sbeagai pengurus serta Peter Gould sebagai fotografer dan Jehad sebagai videografer. 

Pertemuan awal Australia dengan Islam adalah melalui pedagang Melayu yang tiba di pesisir utara Asutralia. Mereka berdagang dengan masyarakat asli Australia. Kedatangan mereka mempengaruhi budaya tempatan apabila perkataan seperti rupiah digunakan dan upacara pengebumian meniru upacara pengebumian Muslim. 

Apabila penjajah British tiba di Australia barulah mereka membawa para pengembala unta Afghan bagi mengendalikan unta-unta untuk projek pembinaan. Mereka sebenarnya bukan sahaja daripada Afghanistan tetapi India, Pakistan, Kashmir, dan kawasan sekitarnya. Kehadiran mereka bersama unta-unta membolehkan bandar-bandar utama Australia dihubungkan dengan laluan keretapi dan membuka kawasan-kawasan baru.

Setelah projek British tamat, ramai yang tidak dapat pulang ke kampung halaman. Oleh itu ramai yang menetap dan berkahwin dengan masyarakat asli Australia. Orang Melayu juga datang lagi selepas itu apabila mereka dibawa British untuk berkerja dalam industri mutiara di pantai barat Australia pada penghujung kurun ke-19. Lama selepas itu barulah datang para imigran dari Lubnan, Bosnia dan Turki. 

Dokumentari yang terhasil daripada ekspedisi ini menjadi salah satu tunjang Islamic Museum of Australia yang akhirnya dibuka pada Mac 2014 di Melbourne. Boundless Plain II pula akan menyusul tidak lama lagi dengan fokus khas kepada masyarakat Melayu dari Indonesia dan Malaysia.

Catatan daripada acara di Muzium Kesenian Islam Malaysia pada 18 April 2014

Thursday, May 22, 2014

Makam Tok Gajah



Menjejak sejarah pejuang kemerdekaan Pahang yang dikebumikan di Pasir Nering, Kuala Berang, Terengganu.

Terima kasih kepada Tuan Zulkifli Ramli dari Dewangga Sakti yang menjadi penunjuk jalan.

Thursday, April 3, 2014

Rumah Tiang Dua Belas


Apa maksudnya rumah tiang dua belas? Mengapa bila dikira dari tiang bawah rumah ada lebih dari dua belas? Dengarkan penjelasan dari Tuan Abdul Rahim Mohd Zin dari Fakulti Senibina dan Rekabentuk UPM.

Klik http://youtu.be/F0sI5ytJm5c

Monday, March 31, 2014

Teknologi Rumah Tradisi Melayu


Sebut sahaja tentang rumah tradisional Melayu, kebanyakan orang hanya terfikir ukiran kayu yang cantik. Sebenarnya, kecantikan rumah tradisional Melayu bukan sekadar di permukaan. Banyak lagi kecantikan dan kecanggihan teknologi senibina Melayu yang tersembunyi.

Kini sebuah rumah kayu bertiang dua belas dari Terengganu sedang dipasang semula di UPM. Peluang sekali seumur hidup ini membolehkan segala keindahan dan kegeniusan teknologi pembinaan rumah Melayu dapat dinikmati.


Tuan Abdul Rahim Mohd Zin, Pengajar Khas dari Fakuliti Senibina dan Rekabentuk berkongsi sedikit sebanyak tentang Teknologi Rumah Tradisi Melayu. Klik http://youtu.be/2Dqlr8zNvzs


Friday, March 28, 2014

Proses Produksi Rancangan TV



Tuan Syafiq Zulakifli, bekas penerbit rancangan di TV al-Hijrah berkongsi tentang proses produksi rancangan TV. Dalam video ini beliau menerangkan gerak kerja dan krew yang terlibat dalam menjayakan sesebuah rancangan siaran langsung.

Klik http://youtu.be/4I2wnbLE4Jw

Friday, February 28, 2014

Proses Produksi Rancangan Radio


DJ Syafiq Zulakifli dari IKIM.fm berkongsi tentang apa yang berlaku di sebalik tabir rancangan radio antaranya:
- Bagaimana menghantar lagu ke radio?
- Bagaimana dapat menembusi talian telefon radio?
- Bagaimana rancangan siaran langsung berlaku?

Klik http://youtu.be/L26l5h5xJFA

Thursday, February 20, 2014

Pusat Ilmiah & Bahasa Melayu Rantau Eropah



Sebagai kesinambungan kepada Sekolah Komuniti Malaysia Manchester, Warisan Foundation mengorak langkah untuk memulakan projek Pusat Ilmiah & Bahasa Melayu Rantau Eropah. Ikuti wawasan & perancangan projek ini dari Dr. Azmel Ainul.

Klik http://youtu.be/T7o_QveufbM

Friday, February 14, 2014

Proses Produksi Animasi 2D



Tuan Alif Firdaus Azis berkongsi tentang teknik dan teknologi terbaru dalam proses produksi animasi 2D. Beliau merupakan penulis novel, kartunis dan animator yang telah menghasilkan banyak karya seperti Orang Kuat, Bob Sani dan Hantu Silap Mata.

Klik http://youtu.be/D1U5qMHzpVY

Friday, January 24, 2014

Sekolah Dato Abdullah Rembau


Kisah bagaimana Baba bin Ludek, seorang anak jati Rembau menubuhkan sekolah swasta Melayu berdaftar pertama di Tanah Melayu. Usaha beliau adalah respon kepada nasib anak-anak bangsa yang dinafikan hak mereka untuk menyambung pelajaran. Terima kasih kepada Tuan Khairil Hisham dari http://www.nagarinantuo.com yang berkongsi sejarah sekolah ini.

 Klik http://youtu.be/H6o5ztKEwlY

Friday, January 17, 2014

Amsterdam, Belanda

Ada masa sebentar sahaja di Amsterdam? Naiki Canal Cruise dan anda akan dapat melihat keunikan Bandaraya Amsterdam. Ikuti video yang menjejaki keistimewaan Amsterdam di sepanjang terusan utamanya.

Klik http://youtu.be/QIln3QWSR5I

Friday, January 10, 2014

The Burren, Ireland

Ireland kaya dengan khazanah alam, sejarah dan budaya. Kebanyakannya tersimpan rapi dalam rantau The Burren. Ikuti selayang pandang keunikan rantau ini dalam siri kedua Projek Tunas.

Klik http://youtu.be/MiikHVjVFl0

Saturday, January 4, 2014

Sekolah Komuniti Malaysia Manchester



Manchester bukan semata-mata tentang Manchester United. Tahukah anda ada sekolah Melayu di sana? Projek Tunas menemuramah Dr. Eliesmaziah, Pengetua Sekolah Komuniti Malaysia Manchester.

Terima kasih kepada Tuan Ahmad Shakir Salleh yang mengatur temuramah ini.

Production Credit:
Videographer & Editor - Firdaus Ariff
Stock Footage - Phil Fried @ Vimeo & OpenFootage.net
Klik http://youtu.be/TQySqiLJ7S4